♔ ZhiLin The One ♔
 Home | Follow+| Archive

国语演讲稿的内容~下定决心了。。Saturday, April 2, 2011Leave a comment

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,Yang Berusaha Guru Besar , barisan hakim yang arif lagi bijaksana ,guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian . Selamat sejahtera dansalam satu Malaysia saya ucapkan .Pada hari ini , saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk , " Menghormati Ibu Bapa " .

Hadirin sekalian ,
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan kita . Merekalah orang yang banyak berjasa kepada kita . Mereka mencurahkan kasih sayang sejak kita di dalam kandungan lagi . Menghormati mereka dengan sepenuh hati merupakan salah satu cara kita membalas jasa-jasa mereka .
Anak-anak perlu sedar , bahawaibu bapa banyak berkoban wang ringgit untuk menyara dan memenuhi keperluan kita . Namun , mereka sekali-kali tidak pernah merungut tentang kos untuk membersarkan kita selama ini .

Hadiri sekalian ,

Ibu bapa telah memberikan pendidikan agama , akhlak dan sahsiah kepada kita . Mereka juga telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan memberikan kita pendidikan yang sempurna .

Selain itu , iba bapa juga merupakan orang yang paling rapat dengan kita . Sekiranya kita mempunyai masalah mereka akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya .

Oleh itu , kita perlulah sentiasa menghormati ibu bapa . Sebagai anak kita perlu mencari keberkatan dan kebahagian di dunia dan akhirat . Semuanya dapat diperoleh apabila kita mendaoat restu daripada ibu bupa kita . Marilah bersama-same kita menghormati ibu bapa kita .

Sekian , terima kasih .


About Me


♡之琳 ♡15 ♡Malaysian ♡Penang ♡Student ♡Sweet tooth ◣Loves: Waffle,Chocolate,Cheese,Spaghetti,Selfie,Eat,K-pop,Music◢


Chatbox


INSERT HERE ANYTHING YOU WANT...

Copyright ©.Layout by Evangelista. All rights reserved 2011-infinity.